..:::AYUH KENALI MEREKA:::..
114 surah dalam Al-Quran ada dinamakan nama salah satu bangsa yang ada dalam dunia ini. Surah berkenanaan turut mencerikan perjalanan Rasulullah dari Mekah ke Baitul Maqdis yang juga merupakan mukjizat terbesar baginda. Surah tersebut ialah Surah Al-Isra’ yang turut dikenali sebagai surah Bani Israel.
Surah ini mempunyai 111 ayat. Ayat pertama menceritakan tentang perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dalam satu perjalanan yang dikenali sebagai Isra’. Kedudukan dua masjid ini sangat jauh, salah satu kebesaran Allah, ia dilakukan dalam satu malam sahaja.
Manakala ayat yang terakhir dalam surah ini pula mencerikan tentang keEsaan Allah, yang tidak mempunyai anak, tidak memerlukan teman dan tidak bergantung harap pada apa-apa.
Allah turut merakan dua bentuk amaran kepada Bani Israel melalui surah ini iaitu:
“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu, ‘ Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan kamu akan angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji kali pertama dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah disegala ceruk rantau; dan adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan bagi mengalahkan mereka, dan Kami beri kamu harta kekayaan dan anak pinak yang banyak, serta Kami jadikan kamu yang lebiah ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, kebaikan yang kamu lakukan untuk diri kamu, dan jika kamu melakukan kejahatan, berbalik kepada dir kamu juga. oleh itu, pabila sampai masa janji (membalas perubatan derhaka kamu) kali kedua, Kami datangkan musuh2 kamu yang memurankan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan menghancurkan apa sahaja yang telah mereka kuasai dengan sehancur-hancurnya.” (Al-Isra’ 4-7)
Seperti yang kita semua tahu, pada Al-quran tiada cacat celanya kerana ia merupakan kalam dari Allah yang Maha sempuna. Ia akan kekal sehingga hari kiamat yang membimbing hidup seluruh anak adam yang melata di bumi Allah ini.
Al-Quran bukan sahaja meceritakan kisah sejarah hidup manusia dan memberi peringatan kepada manusia, namun ia lebih dari itu. ia amat bermanfaat bagi mereka yang mengkaji.
Sedar atau tidak, setiap nama dalam Al-Quran mempunyai maksud tersendiri untuk di tafsirkan dan difahami. Malah, nama-nama tersebut mempunyai signifikan tersendiri kepasa manusia.
No comments:
Post a Comment