Pada suatu ketika dahulu, negara Palestin hanya didiami oleh orang arab atau lebih khususnya yang beragama Islam. Tanah itu subur dengan tanaman, dan tanah Palestin masih tergolong dalam nama tanah Arab.
Israel satu nama yang tidak asing di bumi ini. Mereka bangsa yang pernah diagungkan suatu masa dahulu kerana Allah lahirkan ramai para anbiya' dari bangsa itu. Namun, hari ini, nama Israel itu masih tidak asing lagi tapi bukan kerana lahirnya para nabi dari mereka tapi kemusnahan dan kerosakan yang terus-terusan dilakukan oleh mereka seolah-olah hanya mereka lah yang boleh menguasai dunia dan tiada bangsa lain yang lebih mulia dari mereka padahal umat akhir zaman, umat Nabi Muhammad yang banyak diberi kelebihan oleh Allah.
siapa mereka sebenarnya??? kenapa kemusnahan yang mereka pilih??? adakah darjat yang pernah Allah letakkan pada mereka mengizinkan mereka melakukan kemusnahan dimuka bumi ini???
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1284.0
No comments:
Post a Comment