Tuesday, April 3, 2012

ZIONISME & MATLAMAT


Zionisme merupakan gabungan dari dua makna dari perkataan yg berbeza iaitu, ‘Zion’ dan ‘Isme’. Zion bermaksud batu ygang diambil dari perkataan Ibrani. Batu di sini dimaksudkan denagn batu yg digunakan bagi membina ‘Haikal’ atau istana yang dibina di zaman pmerintahan Nabi Sulaiman. Manakala ‘isme’ dalam baha inggeris bermaksud fahaman atau pegangan.



Percantuman dua perkataan ini membawa kepada satu fahaman yang dianut oleh keseluruh pengikut zionis yang ada di muka bumi ini. Fahaman ini menyatakan bahawa bangsa yahudi akan mendirikan sebuah negera di atas tanah al-Quds yg sebelum ini dimiliki sepenuhnya oleh penduduk Palestin.



Matlamat utama penubuhan fahaman Zionisme ini adalah untuk melahirkan satu negara yang dikenali sebagai Israel Raya dan fahaman ini tiada kaitan dengan agama anutan mereka.  Melalui fahaman ini, Zionisme telah menyatupadukan keseluruh orang Yahudi yang berfahaman ini sehingga ia dilihat sebagai satu agama anutan kerana fahaman ini telah menggantikan gaya kehidupan beragama mereka mengikut kepada apa yang telah digariskan dalam fahaman ini. Dengan itu, perbuatan mereka ini amat sesuai jika dikatakan bahawa semua matlamat dapat menghalalkan cara kerana fahaman Zionisme ini telah membawa perubahan pemikiran yang besar dalam bangsa Yahudi. 

No comments: